Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Kanak-kanak antara 8 PATI Indonesia diusir cuba ceroboh Sarawak

Op Benteng: Kanak-kanak antara 8 PATI Indonesia diusir cuba ceroboh Sarawak

by Air Times News Network

LUNDU, 15 Sept – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun antara 8 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berjaya diusir oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana cuba menceroboh masuk ke Sarawak melalui lorong tikus, pagi tadi.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dibuat pada jam 7.30 pagi di kawasan Biawak, Lundu sekitar 300 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

“Setelah ditahan dan disoal siasat, 8 PATI terdiri daripada 4 lelaki, 3 wanita bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan,

“Kesemua PATI ditahan dan diusir keluar dari sempadan Malaysia serta laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut 1 Div, TDM khususnya di Sarawak amat komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply