Home Politik PM jumpa Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng petang ini

PM jumpa Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng petang ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput 3 pemimpin Pakatan Harapan (PH) ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 2 petang ini.

Perkara ini dimaklumkan, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di media sosialnya.

Menurutnya, 3 pemimpin tersebut akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Jam 2 petang ini akan berlangsung pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan Lim Guan Eng bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri, atas jemputan Pejabat Perdana Menteri,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply