Home Semasa Ketua Bahagian PPBM Temerloh letak jawatan, kembali sertai UMNO

Ketua Bahagian PPBM Temerloh letak jawatan, kembali sertai UMNO

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Temerloh, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau turut mengumumkan untuk kembali ke pangkuan parti UMNO.

“Saya membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan parti UMNO yang begitu lama saya sertai sebelum ini kerana saya yakin dan percaya parti UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam,” katanya, lapor Umno Online.

Tengku Azlan telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Menteri Besar Pahang.

Tengku Azlan berkata, beliau menyokong penuh pendirian Wan Rosdy berhubung isu perlembagaan baru-baru ini, yang mana telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat negara ini.

“Sebagai rakyat Malaysia kita mesti mempertahankan Perlembagaan Negara tanpa mengira fahaman politik,

“Kita seharusnya mendokong Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan berdasarkan yang telah termaktub dalam Rukun Negara. Sesungguhnya Perlembagaan Negara adalah sebuah institusi tertinggi dalam negara kita,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply