Home Pertahanan dan Keselamatan ATM komited salur tenaga bantu kuatkuasa PKPD di Sabah

ATM komited salur tenaga bantu kuatkuasa PKPD di Sabah

by Nurulhuda

SIPITANG, 9 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited membantu kerajaan negeri dan bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam mengawal penularan wabak pandemik COVID-19 di Sabah.

Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) berkata, pasukannya telah mengaturgerakkan anggota dari Rejimen 507 Askar Wataniah (Rej 507 AW) dan 5 Skuadron Semboyan Briged (5 SSB) ke Kampung Baru Kimanis, Papar serta Kampung Marau, Sipitang bagi membantu pemasangan concertina wire di kawasan tersebut.

Kampung Baru Kimanis, Papar dan Kampung Marau, Sipitang telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 9 hingga 22 Ogos 21 bagi membendung penularan wabak Pandemik COVID-19 di kawasan berkenaan.

Menteri Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut dan beberapa lokaliti di Sabah.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 semasa. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply