Home Politik Kediaman Muhyiddin terus jadi tumpuan

Kediaman Muhyiddin terus jadi tumpuan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menjadi tumpuan pemimpin politik tanah air.

Antara yang kelihatan hadir adalah Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Presiden MIC, Tan Sri S AVigneswaran dan Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Ronald Kiandee.

Menteri Dalam, Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin merangkap Setiausaha Agung Bersatu dan PN serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun merangkap Ketua Srikandi Bersatu turut dilihat memasuki kawasan kediaman Muhyiddin.

Kesemua Menteri dan pemimpin politik ini dilihat masuk ke kediaman Muhyiddin sejak dari jam 8.30 malam tadi dipercayai susulan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan penarikan balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Tinjauan kru Air Times dilokasi, kesemua kenderaan yang membawa menteri tersebut telah mula keluar pada jam 12 tengah malam setelah hampir 3 jam menghadiri perbincangan bersama Muhyiddin.

Difahamkan Ismail Sabri akan ke Hotel Pacific untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply