Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 13,215 kes baharu

COVID-19: Malaysia catat 13,215 kes baharu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebanyak 13,215 kes jangkitan baharu dicatatkan pada hari ini.

Perincian kes mengikut negeri yang dikongsikan di akaun media sosial rasmi beliau menunjukkan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,120 kes.

Kuala Lumpur catat 1,499 kes sementara Negeri Sembilan 1,603 kes.

Hari ini merupakan hari ketiga berturut-turut negara mencatatkan rekod kes harian tertinggi semenjak 13 Julai lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply