Home Pertahanan dan Keselamatan Tekong, 5 warga Rohingya dicekup PGA

Tekong, 5 warga Rohingya dicekup PGA

by Nurulhuda

HULU LANGGAT, 15 Jul – Tindakan 3 lelaki dipercayai tekong darat yang membawa masuk 5 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal, apabila ditahan oleh anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih dalam Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, pihaknya telah menahan 2 kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Sungai Tekali, Hulu Langat.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap 2 kenderaan tersebut, didapati seorang lelaki warga tempatan dan 2 warga Myanmar yang berperanan sebagai ‘transporter’ dengan membawa masuk PATI dari sempadan itu berusia 28 hingga 39 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderan tersebut, pasukan Polis telah menemui seorang lelaki dan 4 orang perempuan warganegara Myanmar bangsa Rohingya yang berumur antara 14 tahun hingga 19 tahun yang bersembunyi dibahagian belakang lori tersebut,

“Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rizal Mohamed berkata, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963.

“Turut dirampas, 2 buah kenderaan dan telefon bimbit pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM52,500.00,

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM),” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Rizal Mohamad turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply