Home Ekonomi Indeks Komposit Kuala Lumpur junam 21 mata

Indeks Komposit Kuala Lumpur junam 21 mata

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pasaran saham Bursa Malaysia hari ini merosot berikutan sentimen berjaga-jaga dikalangan pelabur.

Selain daripada itu, kejatuhan nilai saham turut didorong dengan peningkatan kes COVID-19 dalam negara yang melebih paras 8,000.

Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM KLCI merosot sebanyak 21.44 mata dan ditutup pada paras 1,508.71 berbanding 1,530.15 pada 7 Julai.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,057 berbanding 147 manakala 285 kaunter tidak berubah, 699 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply