Home Ekonomi EY sah juruaudit Serba Dinamik, imej terus meningkat

EY sah juruaudit Serba Dinamik, imej terus meningkat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY) kini sah dilantik sebagai juruaudit rasmi bagi Serba Dinamik Holdings Sdn Bhd.

Pelantikan ini sekaligus menjawab persoalan siapakah akan menjadi juruaudit bebas kepada Serba Dinamik.

“Kontrak pelantikan EY sebagai juruadit bebas telah ditandatangani pada hari ini. Pelantikan ini akan diumumkan kepada Bursa pada petang ini,” kata sumber kepada Air Times.

Beliau menambah, pelantikan ini adalah satu perkembagan positif kepada Serba Dinamik.

“Pelantikan EY akan memulihkan kepercayaan pelabur kepada Serba Dinamik. Tambahan pula, pelantikan juruaudit bebas merupakan antara perkara yang perlu dipenuhi oleh pihak Serba Dinamik atas permintaan Bursa” ujarnya.

Terdahulu, Bursa meminta Serba Dinamik untuk melantik firma audit bebas selewat-lewatnya pada hari ini.

Pelantikan juruaudit bebas dibuat berikutan pemecatan KPMG pada pertengahan Jun lalu atas dakwaan cuai melakukan audit sehingga menyebabkan Serba Dinamik menanggung kerugian lebih RM 3 bilion. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply