Home Semasa 83 kematian akibat COVID-19 hari ini

83 kematian akibat COVID-19 hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Kes kematian pesakit akibat wabak COVID-19 hari ini meningkat kepada 83 kes berbanding 77 kes pada semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tersebut menjadikan kumulatif kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 4,637 kes.

Menurutnya, jumlah kematian yang direkodkan sehingga 12 tengah hari ini membabitkan 77 warganegara dan 6 bukan warganegara.

“Sebanyak 35 kes kematian dicatatkan di Selangor, 9 kes di Kuala Lumpur, 8 kes di Johor,masing-masing 7 kes di Sabah dan Negeri Sembilan serta 6 kes di Kelantan,

“Selain itu, 3 kes di catatkan di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; 2 kes di Perak, dan masing-masing 1 kes di Kedah, Melaka, serta Perlis,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa COVID-19, hari ini.

Menurutnya, jumlah kes baharu positif COVID-19 hari ini pula sedikit meningkat apabila mencatatkan 5,244 kes berbanding 4,743 kes semalam.

Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat hari ini ialah 711,006 kes.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,000 kes berbanding semalam, 1,566 kes diikuti Negeri Sembilan (677), Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282) dan Pahang (245),

“4 negeri lagi, merekodkan kes di bawah 200 iaitu Kedah (189), Melaka (180), Pulau Pinang (159) dan Sabah (129),

“Manakala, 5 negeri catat kes 2 angka iaitu Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27), Putrajaya (13) serta Perlis merekodkan hanya satu kes,” tambahnya.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,741 kes membabitkan penularan tempatan iaitu 3,843 warganegara dan 898 bukan warganegara.

“Terdapat 2 kes import yang membabitkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham turut berkata, sebanyak 6,372 pesakit sembuh dicatakan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 645,553 kes.

Rekod hari ini mendapati sebanyak 879 kes COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 433 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply