Home Semasa Brunei, Indonesia dan Malaysia gesa PBB tindak segera tamatkan krisis Israel-Palestin

Brunei, Indonesia dan Malaysia gesa PBB tindak segera tamatkan krisis Israel-Palestin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu mengambil tindakan segera untuk menamatkan krisis Israel-Palestin yang memasuki hari ke-6.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu kenyataan bersama Presiden Indonesia, Jokowi dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

“Kami turut menggesa pihak Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak pantas dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi nyawa orang awam Palestin,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga pemimpin terbabit turut menggesa kedua-dua pihak untuk melakukan gencatan senjata.

“Kami mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Gaza,

“Kekejaman ini telah menyebabkan kesengsaraan, kematian serta kecederaan di kalangan kanak-kanak serta wanita,” jelas kenyataan itu.

Ketiga-tiga pemimpin dari rantau Asia Tenggara itu turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peluasan penempatan haram Israel dan kemusnahan tempat tinggal masyarakat Palestin – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply