Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia antara negara jadi sasaran Israel

Malaysia antara negara jadi sasaran Israel

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Malaysia dilaporkan menjadi sasaran pasukan perisikan Israel untuk melaksanakan operasi membunuh pemimpin HAMAS.

Menurut media Greek, perkara tersebut dinyatakan oleh pemimpin tinggi tentera di Tel Aviv mengarahkan pasukan khas dan perisikan Israel untuk melaksanakan operasi tersebut.

“Pihak siaran televisyen Israel turut menyatakan pasukan perisikan negara itu untuk melaksanakan serangan di Iran, Qatar, Malaysia, dan Turki,” kata laporan itu.

Pada masa yang sama, bekas penganalisis kewangan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, Jonathan Schanzer, menyatakan operasi tersebut dijalankan bagi menghapuskan operatif Hamas di dalam dan luar Palestin.

“Tentera Israel telah meluluskan operasi yang merangkumi setiap peringkat termasuk di Iran, Qatar, Malaysia, dan Turki,” katanya di akaun media sosial beliau.

Operasi sebegini bukanlah sesuatu yang asing untuk dijalankan oleh pihak perisikan Israel.

Di Kuala Lumpur, seorang jurutera Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35 tahun, telah dibunuh oleh dua orang lelaki pada 21 April 2018.

Media Israel mendakwa pembunuhan tersebut didalangi oleh agensi perisikan negara itu. Mereka turut mendakwa Fadi terlibat dalam kegiatan Hamas – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply