1.1K
KUALA LUMPUR, 8 Mei – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di zon Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan ditutup selama 3 hari.
“Premis yang tersenarai dalam sistem HIDE kerana dikenalpasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes COVID-19 akan diarahkan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta,” ujar beliau. – airtimes.my