Home Semasa COVID-19: Malaysia catat kes jangkitan baharu bawah paras 1,000

COVID-19: Malaysia catat kes jangkitan baharu bawah paras 1,000

by M.Daim

PUTRAJAYA, 29 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan angka kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini adalah di bawah paras 1,000.

Beliau dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya berkata, jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan dalam 24 jam lalu adalah 941 kes.

Namun begitu, masih terdapat 4 buah negeri mencatatkan bilangan kes dalam 3 angka.

“Selangor mencatatkan 219 kes sementara Sarawak sebanyak 192. Pulau Pinang pula mencatatkan 164 kes manakala Johor 171 kes,” ujarnya.

Kali terakhir negara mencatatkan kes di bawah paras 1,000 adalah pada 9 Disember 2020 iaitu sebanyak 959 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply