Home Semasa Batal projek HSR: Malaysia bayar ganti rugi RM320 juta kepada Singapura

Batal projek HSR: Malaysia bayar ganti rugi RM320 juta kepada Singapura

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kerajaan Malaysia dan Singapura hari ini telah mencapai kata sepakat berhubung bayaran ganti rugi pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara kedua negara.

Dalam kenyataan bersama Menteri Ekonomi Malaysia dan Menteri Pengangkutan Singapura, sebanyak RM320,270,519.24 telah dibayar kepada republik itu oleh Putrajaya.

“Kedua-dua negara telah bersetuju berhubung amaun pembayaran yang perlu dibuat selepas ianya dinilai oleh kerajaan Malaysia,

“Jumlah pembayaran ini merupakan penyelesaian penuh dan terakhir berhubung penamatan Perjanjian Dua Hala berhubung projek HSR,” kata kenyataan itu.

Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ong Ye Kung menjelaskan ganti rugi dibayar adalah merangkumi kos yang ditanggung oleh Singapura dalam pembangunan dan penangguhan projek HSR.

Dalam kenyataan yang sama, Mustapa dan Ye Kung menegaskan Malaysia serta Singapura komited untuk memperkukuhkan hubungan bilateral yang baik demi kepentingan bersama rakyat antara kedua-dua negara.

Projek HSR telah dibatalkan pada Januari lalu selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong mengadakan perbincangan bersama berhubung projek itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply