Home Teknologi Pertahanan Tentera udara Singapura terima helikopter H225M baharu

Tentera udara Singapura terima helikopter H225M baharu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) hari ini menerima mula menerima helikopter H225M pertama dari syarikat Airbus Helicopters.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, RSAF telah menandatangani perolehan helikopter pengangkut sederhana pada tahun 2016.

“Pihak Airbus gembira dengan pencapaian penting bersama RSAF melalui kejayaan penghantaran helikopter ini,

“Ianya secara tidak langsung mengambarkan pencapaian kedua-dua pihak mengatasi cabaran COVID-19 yang melanda pada tahun 2020,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Airbus Helicopters, Bruno Even.

Beliau menambah, kerjasama Airbus dengan republik itu terjalin bermula dengan perolehan Aerispatiale SA316B Aloutte III pada 50 tahun lalu.

Menurut Airbus, H225M RSAF akan digunakan dalam pelbagai misi termasuk operasi mencari dan menyelamat, penerbangan perubatan serta bantuan bencana.

Tambahnya, sebanyak 104 H225M sedang dioperasikan diseluruh dunia oleh 7 buah negara termasuk Malaysia.

Sementara itu, pihak RSAF melalui akaun media sosial rasminya menjelaskan perolehan helikopter tersebut akan menggantikan peranan helikopter Super Puma (AS332/H215) yang digunakan semenjak tahun 1983.

“RSAF akan melaksanakan ujian penerbangan dan latihan untuk mengendalikan H225M,

“Helikopter ini akan mengambil alih peranan Super Puma apabila ianya mula beroperasi sepenuhnya,” kata pihak RSAF. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply