Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Program Jiwa Murni: TDM dan MBI Prihatin bina tandas baharu untuk warga emas

Program Jiwa Murni: TDM dan MBI Prihatin bina tandas baharu untuk warga emas

by Air Times News Network

IPOH, 14 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Prihatin telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dengan membina tandas baharu untuk seorang warga emas di Jalan Tampoi, Sungai Rokam, semalam.

Markas Briged Kedua Infantri Malaysia berkata, projek ini dilaksanakan bagi keselesaan dan keselamatan Fatimah Ismail, 75, yang tinggal bersendirian semenjak kematian suami lapan tahun lalu.

Fatimah Ismail menunjukkan tandas lama yang digunakan sebelum ini

“Pembinaan tandas ini telah melibatkan 10 anggota dari Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD) dan Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) yang bermula semalam dan dijangka siap pada 14 Mac 2021,

“Kolaborasi ini adalah hasil inisiatif Panglima 2 Bgd bersama Datuk Bandar MBI dapat direalisasikan bagi keselesaan dan keselamatan warga emas tersebut,” katanya. – airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply