Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Projek Jiwa Murni: Tentera Darat baik pulih rumah veteran komando

Projek Jiwa Murni: Tentera Darat baik pulih rumah veteran komando

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 5 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) membaik pulih kediaman veteran komando di Kampung Bulus, Lahad Datu, semalam.

Markas 13 Briged dalam hantaran di media sosialnya berkata, PJM ini sempena Hari Tentera Darat ke-88 anjuran 13 Woksyop Briged dengan kerjasama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Lahad Datu.

“Projek membaik pulih rumah anggota veteran ATM, Koperal (Bersara) Elham Abdul dari Rejimen 22 Komando yang telah mengalami kecacatan anggota badan akibat terkena bahan letupan ketika latihan dalam kem di Kuala Kubu Bharu pada 12 April 1998,

“Beliau mempunyai seorang isteri, 5 orang anak, 3 daripada anaknya masih bersekolah, seorang sedang belajar di pengajian tinggi dan anak sulongnya baru sahaja menamatkan pengajian,” katanya.

Majlis PJM ini telah disempurnakan oleh Panglima 13 Bgd, Brigedier Jeneral Abdul Razak Hussain.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah 13 Wksp Bgd, Mejar Noor Aeidei Masrom dan Ketua Veteran ATM Cawangan Lahad Datu, Samri Mohd Said.

Abdul Razak turut menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada Koperal Elham.

PJM ini turut meliputi Mini Pameran Kerjaya Askar Wataniah (AW) oleh Rejimen 516 AW bagi menarik minat belia untuk menyertai AW. – airtimes.my

Gambar Galeri:

 

 

Related Articles

Leave a Reply