Home Semasa PKPB di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang mulai 5 Mac

PKPB di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang mulai 5 Mac

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini ditukarkan status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini telah diputuskan dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan trend jangkitan COVID-19 semakin menurun.

Bagaimanapun, kerajaan hanya membenarkan rentas daerah, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Selain itu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal kepada PKPB.

Manakala, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Labuan pula ditukarkan status dari PKPB ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perlis pula kekal sebagai negeri berstatus PKPP.

“Setiap 2 minggu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat penilaian berdasarkan kesan selama 2 minggu. Iaitu tempoh inkubasi, KKM akan membuat penilaian risiko dan keputusan dibuat selepas penilaian risiko diperolehi,

“KKM mengesahkan kes COVID-19 diseluruh negara ketika ini menunjukan trend penuruan. Begitu juga kadar kes kebolehjangkitan atau nilai Ro/Rt juga menurun 1.2 kepada 0.8 peratus,

“Selain daripada itu, kes kluster dan superadik serta kes dalam komuniti telah didapati menurun. Oleh itu, diatas cadangan serta penilaian risiko dari KKM sidang khas telah membuat keputusan seperti berikut,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan PKP, hari ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply