Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM tahan 400 individu ingkar PKP, semalam

PDRM tahan 400 individu ingkar PKP, semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 400 individu semalam, atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 352 orang telah dikompaun manakala 48 individu direman.

“Antara kesalahan ingar PKP yang dilakukan termasuklah, gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri serta pelanggan (106); aktiviti pusat hiburan (102); tidak memakai pelitup muka (92); rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (35); tiada penjarakan fizikan (34) dan lain-lain hal (31),” katanya dalam sidang media mengenai perlaksanaan PKP, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri turut menjelaskan Operasi Benteng (Op Benteng) telah menahan 8 PATI serta merampas 5 buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara, semalam.

“Dalam operasi itu juga, pihak berkuasa turut mengesan 74 buah bot dan kapal di perairan negara melalui dua aktiviti penglihatan,

“Secara kumulatif, sehingga 28 Februari 2021, seramai 12,121 PATI serta 922 tekong telah berjaya ditangkap,” tambahnya.

Op Benteng Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 445 sekatan jalan raya (SJR) semalam.

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA sebanyak 389 SJR, Op Benteng PDRM (47 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply