Home Pertahanan dan Keselamatan Rakyat perlu bersama ATM berganding bahu perangi COVID-19

Rakyat perlu bersama ATM berganding bahu perangi COVID-19

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_XWkA4s2xZo[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyeru semua rakyat untuk berganding bahu bersama-sama menjayakan usaha-usaha memerangi wabak COVID-19 di seluruh negara.

Markas ATM Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 dalam kenyataan berkata, rakyat perlu bersama ATM untuk saling menyalurkan informasi COVID-19 sebagai asas memahami akan kepentingan tanggungjawab bersama demi kesejahteraan negara.

“Ini juga selaras dengan tema yang menjadi kelaziman penyataan hubungan ATM dan rakyat iaitu Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada,” katanya.

Justeru, mengambil pendekatan positif dan sebagai sokongan kepada negara serta demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya, ATM mengambil inisiatif menerbitkan video Pesanan Khidmat Masyarakat berkonsepkan animasi bertajuk “anda juga frontliner negara”.

“Video ini diterbitkan agar semua masyarakat sentiasa peka terhadap tanggungjawab masing-masing dalam memerangi wabak ini,

“Komitmen ATM di samping pasukan keselamatan serta penguatkuasaan lain juga tidak pernah berbelah bahagi terutama ketika melaksanakan peranan serta tugas-tugas yang diamanahkan,” jelasnya.

Selain itu, masyarakat boleh menginspirasikan tema ATM iaitu ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ melalui pendekatan untuk memastikan kehidupan norma baharu serta aspek penjagaan kesihatan menjadi keutamaan serta membudayakan tanggungjawab bersama dalam menghadapi wabak ini.

“ATM hingga kini sentiasa komited dan bersedia sebilang masa memerangi wabak tersebut melalui pelaksanaan Op Penawar di mana sejumlah 3,651 anggota telah diaturgerakkan,

“Ia melibatkan anggota dari Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membantu pihak berkuasa dalam penugasan sekatan jalan raya (SJR) serta rondaan Mobile Patrol Vehicle (MPV),” ujarnya.

Manakala melalui Op Benteng yang dikoordinasikan oleh National Task Force (NTF) dengan ATM sebagai agensi peneraju, sejumlah 13,870 anggota dari 19 agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara diaturgerakkan untuk melaksanakan operasi berkenaan.

Selain kedua-dua operasi berkenaan, ATM turut mengaturgerakkan anggota di Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM untuk bersama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply