Home Politik Tiada siapa jadi Timbalan Perdana Menteri – Pejabat Perdana Menteri

Tiada siapa jadi Timbalan Perdana Menteri – Pejabat Perdana Menteri

by M.Daim

PUTRAJAYA, 11 Jan – Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan khabar angin bahawa akan berlaku pelantikan Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tidak benar,” kata PMO dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, pihak PMO turut menafikan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan penyakit kanser adalah tidak benar.

“Dakwaan tersebut adalah berniat jahat. Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau,”jelasnya lagi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Timbalan Perdana Menteri akan dilantik dalam masa terdekat. Antara nama yang disebut untuk mengisi jawatan tersebut adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jawatan tersebut dikosongkan semenjak penubuhan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac tahun lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply