PUTRAJAYA, 11 Jan – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di 6 buah negeri berisiko tinggi.
Perintah tersebut dilaksanakan selama 14 hari mulai tengah malam 13 Januari 2021.
Antara negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan.
Wilayah Persekutuan adalah merangkumi Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengesahkan tiada sebarang pergerakan merentas negeri di seluruh negara.
“Pergerakan rentas daerah di kawasan PKP turut tidak dibenarkan,” ujarnya.
Selain itu, Sekatan Jalan Raya (SJR) akan dilaksanakan mulai tengah malam Rabu ini. – airtimes.my