Home Semasa 13 daripada 44 pusat pemindahan sementara di Bera telah beroperasi

13 daripada 44 pusat pemindahan sementara di Bera telah beroperasi

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ahRm9Hsbgok[/embedyt]

 

BERA, 9 Jan – Sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bera telah dibuka sehingga hari ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 44 PPS telah disediakan bagi menghadapi bencana banjir di kawasan tersebut.

“Hari ini saya telah melawat 4 buah PPS di daerah ini, dan kesemua pusat tersebut dalam keadaan baik serta mempunyai khemah digital bagi pengasingan keluarga,

“Dilihat tempat pusat pemindahan tersebut masih mematuhi prosedur operasi standrat (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika sidang media selepas melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Bera, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Bera, hari ini.

Beliau menambah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) daerah Bera akan menambah segala keperluan mangsa banjir termasuk pertambahan khemah fizikal bagi menampung keperluan mangsa banjir.

“Saya tidak tahu situasi akan bertambah buruk atau tidak, tapi kita tetap bersedia untuk menghadapi musim banjir ini dengan membuat persediaan sebanyak 44 buat PPS bagi menampung mangsa banjir di kawasan ini,

“Sekarang ini walau ada sedikit kekurangan, tapi kami menjanjikan akan ada penambahbaikkan. Seperti di sekolah ini sahaja kita telah menerima 18 buah khemah,

“Manakala, di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh akan menerima 100 buah khemah. Kita tidak boleh menjangka keadaan akan tetap seperti ini atau menjadi lebih buruk,” tambahnya.

Terdahulu, Ismail Sabri melawat PPS SK Kerayong yang menempatkan seramai 132 mangsa dari 48 keluarga.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan keadaan banjir di kawasan Bera pada ketika ini tidak seteruk situasi banjir pada tahun 2014.

“Saya berharap keadaan banjir ini pulih dengan segera bagi membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing,” ujarnya.

Lawatan beliau ke Bera pada hari ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan ke kawasan banjir di Pahang.

Sekitar siri lawatan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri ISmail Sabri Yaakob ke kawasan banjir di Pahang.

Khamis lalu, Ismail Sabri telah melawat Raub yang telah terjejas akibat bencana banjir. Selain itu, beliau turut menyaksikan pembinaan jambatan sementara di Sungai Dong di Raub yang roboh akibat arus deras.

Menteri dijangka akan meneruskan tinjauan ke lokasi banjir di beberapa kawasan di Pantai Timur, esok. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply