Home Semasa COVID-19: PKPD 3 lokaliti di Johor dilanjutkan

COVID-19: PKPD 3 lokaliti di Johor dilanjutkan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 3 lokaliti di Johor Bahru susulan peningkatan kes positif wabak pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru, Kuarters Kakitangan Pontian serta Dewan Arena Segitiga Mukim Kota Tinggi  tersebut yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan bermula 11 sehingga 24 Januari 2021,

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,376 ujian saringan di  Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan daripada jumlah itu sebanyak 516 kes positif COVID-19 telah direkodkan,

“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni di pusat tahanan ini masih lagi tinggi dan banyak kes baru dikesan selepas saringan kedua dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sementara itu, KKM telah melaksanakan 171 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 164 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Dewan Arena Segitiga, Kota Tinggi, Johor.

“KKM turut mengesahkan kadar positiviti di lokaliti ini sangat tinggi dan kes terakhir yang direkodkan adalah pada 8 Januari 2021,

“KKM turut mengesahkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni di 3 kawasan ini masih lagi tinggi dan banyak kes baru dikesan,” ujarnya.

Menurutnya, keputusan pelanjutan PKPD ini dilaksanakan atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply