Home Politik Guan Eng orang yang tak tahu malu, masih berlagak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang

Guan Eng orang yang tak tahu malu, masih berlagak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyindir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng orang yang tidak tahu malu dan masih berlagak sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana terus mempertikaikan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menggantikan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang.

Ka Siong yang juga Presiden MCA dalam hantaran di media sosialnya berkata, walhal Ketua Menteri Pulau Pinang yang diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan adalah Chow Kon Yeow (CKY).

“Apa jua keputusan mengenai perkhidmatan feri, saya dan Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) berbincang terus dengan Ketua Menteri yang sahih, CKY!,

“Ramai orang Pulau Pinang keliru seolah-olah di Pulau Pinang mempunyai dua orang Ketua Menteri (CM) iaitu YAB Chow Kon Yeow sebagai CM hari bekerja (weekday’s CM) manakala Lim Guan Eng adalah CM hari minggu (weekend CM),” katanya.

Menurut Ka Siong, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini juga telah bersetuju untuk menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan katamaran.

Langkah ini turut dipersetujui Senator Lim Hui Ying yang merupakan adik perempuan Guan Eng.

“Nampaknya keluarga Lim harus mengadakan pertemuan keluarga untuk menyeragamkan pandangan mereka,” kata Ka Siong seperti yang terdapat dalam pernyataan rasmi (hansard) Lim Hui Ying di Dewan Negara bertarikh 17 Disember 2020 di lampiran.

Katanya lagi, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan adalah orang yang benar-benar merosakkan nilai warisan berharga Pulau Pinang.

“Cuba jawab, siapakah yang melakukan penambakan tanah dan memusnahkan bukit-bukau di Pulau Pinang?,

“Tidakkah menggantikan perkhidmatan feri yang terdedah kepada kerosakan dengan katamaran merupakan langkah yang lebih praktikal untuk melindungi keselamatan orang ramai dan lebih bermanfaat bagi industri pelancongan dan pengangkutan Pulau Pinang?, soal Ka Siong. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply