Home Semasa 3 lokaliti di Johor, 2 di Negeri Sembilan dikenakan PKPD mulai esok

3 lokaliti di Johor, 2 di Negeri Sembilan dikenakan PKPD mulai esok

by Hazli Fikri

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di 3 lokaliti negeri Johor dan 2 di Negeri Sembilan mulai 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, PKPD dikenakan berikutan peningkatan pengesanan kes positif COVID-19 di kawasan tersebut.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 8 kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam masa 8 hari di Pusat Koreksional Johor Bahru (PKJ) dan Kuarters Kakitangan Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru.

“Seramai 685 orang dalam kalangan orang kena tuduh (OKT) dan kakitangan di PKJ yang terdedah kepada 8 kes positif tersebut,

“Terdapat juga peningkatan jangkitan COVID-19 sebanyak 125 kes dikesan dalam kalangan tahanan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Selain itu, Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara, Negeri Sembilan telah merekodkan sebanyak 307 kes positif COVID-19 iaitu melibatkan 305 kes di kalangan OKT dan 2 kes Wadar.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru, Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian; Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor; Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan,

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam kalangan komuniti,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply