Home Semasa Malaysia kutuk keras video ubah suai lirik lagu kebangsaan Indonesia

Malaysia kutuk keras video ubah suai lirik lagu kebangsaan Indonesia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Kerajaan Malaysia mengutuk keras sebarang perlakuan buruk serta provokasi negatif yang berniat untuk menjejaskan hubungan dua hala yang akrab di antara Malaysia dan Indonesia menerusi satu video yang tular memperlekehkan dan menghina Indonesia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan menegaskan, pihak berkuasa Malaysia sedang melakukan siasatan mengenai sebuah video tersebut yang didakwa dimuat naik di Malaysia.

“Sekiranya didapati video tersebut dimuat naik oleh warganegara Malaysia, tindakan tegas akan dikenakan berlandaskan undang-undang sedia ada,” kata kenyataan itu.

Semalam Bernama melaporkan tular satu video yang dimuat naik dua minggu lepas oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komentar di laman YouTube My Asean pada ruangan komen, memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara Indonesia.

Video di ruang komen di YouTube berkenaan telah dipadamkan, namun video itu dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan di platform media sosial lain di Indonesia, yang menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?