Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Projek Jiwa Murni: Eratkan hubungan tentera dan rakyat

Projek Jiwa Murni: Eratkan hubungan tentera dan rakyat

by Azura Daril

TERENGGANU, 25 Dis – Seramai 2 pegawai dan 25 anggota sukarela dari Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) bagi memberi bantuan kepada penduduk tempatan yang terjejas akibat banjir di Kemaman, semalam.

Pembersihan dilakukan di kediaman milik Mohd Razino Mohd Sood yang berusia 46 tahun, merupakan orang kehilangan upaya kerana pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kampung Laut, Pasir Gajah.

Timbalan Komander Rej 512 AW, Leftenan Kolonel Shaharul Othman turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan asas kepada Mohd Razino sekeluarga.

Beliau yang mewakili Panglima dan warga Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (Mk 8 Bgd) juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghulurkan bantuan semasa PJM dilaksanakan.

“Semoga kerjasama antara pihak tentera dan penduduk setempat terus erat bagi menghadapi sebarang kemungkinan di masa akan datang terutama ketika musim tengkujuh,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply