Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Kerajaan Perikatan Nasional tubuh Majlis Presiden dianggotai 13 ketua parti

Kerajaan Perikatan Nasional tubuh Majlis Presiden dianggotai 13 ketua parti

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Sebanyak 13 parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat sura untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang dianggotai ketua-ketua parti masing-masing.

Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam kerajaan PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penubuhan majlis ini  sebagai platform untuk membincangkan dasar- dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

Hamzah berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan satu mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional, semalam.

“Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional juga ditubuhkan,

“Pada mesyuarat itu juga, parti-parti dalam kerajaan PN turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh ketua parti iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Turut hadir mewakili ketua parti adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Datuk Amar Haji Awang Tengah; Timbalan Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum; Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul; Naib Presiden, Datuk Paul Igai; Setiausaha Agung MIC, Datuk Asojan Muniyandy dan Setiausaha Agung STAR, Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply