Home Semasa PKPB di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas ditamatkan

PKPB di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas ditamatkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Bahru, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas, Kelantan ditamatkan hari ini.

Bagaimanapun, PKPB di 2 mukim iaitu Daerah Penggawa Kubang Kerian, Kota Bahru dan Kusial, Tanah Merah diteruskan sehingga 20 Disember 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan PKPB tersebut dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan kes positif COVID-19 di daerah ini telah menunjukkan trend penurunan mendadak dan terkawal.

“Selain itu, kes-kes aktif yang masih aktif hanya tertumpu di beberapa mukim (Daerah Penggawa) sahaja,

“Atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPB di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas pada 11 Disember 2020 kecuali bagi dua mukim iaitu Daerah Penggawa,” jelasnya dalam kenyataan berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri menjelaskan, PKPD di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kg. Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh turut diteruskan sehingga 20 Disember 2020. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply