Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PEJUANG heret RoS ke Mahkamah

PEJUANG heret RoS ke Mahkamah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) memfailkan satu permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan pertubuhan itu.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, peguamnya juga memohon perintah mandamus agar JPPM membuat keputusan meluluskan atau sebaliknya permohonan PEJUANG sebagai sebuah parti berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Melalui semakan kehakiman itu juga, PEJUANG memohon satu perintah deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan JPPM untuk menjawab sebarang permohonan mahupun komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah dan mempunyai niat mala fide untuk sengaja melengah-lengahkan proses pendaftaran PEJUANG,

“PEJUANG sentiasa mempertahankan Kedaulatan Undang-undang dan justeru itu membawa isu kelengahan pendaftaran ke mahkamah bertujuan mendapat penghakiman seadilnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply