Home Pertahanan dan Keselamatan APMM usir bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

APMM usir bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Terengganu mengusir sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara di kedudukan 94.6 batu nautika dari Kuala Terengganu, pada Khamis lepas.

Pengarah APMM Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pesawat udara Bombardier CL415MP Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin pengawasan udara telah mengesan bot nelayan asing tersebut.

“Maklumat pencerobohan bot nelayan Vietnam telah disalurkan kepada Kapal Maritim (KM) Langkawi yang sedang melaksankan Operasi Kuda Laut,

“KM Langkawi telah mengarahkan bot tersebut berhenti untuk membuat pemerikasaan,

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 15 kru termasuk tekong warganegara Vietnam,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran media sosial rasmi APMM.

Muhammad Suffi berkata, pukat milik nelayan berkenaan telah dirampas dan bekalan air serta makanan dibuang bagi memastikan mereka tiada pilihan untuk berada di laut melakukan sebarang aktiviti penangkapan ikan di perairan negara dan pulang ke negara mereka.

Seterusnya, KM Langkawi telah mengusir bot nelayan tersebut keluar sehingga ke sempadan perairan negara.

Menurut Muhammad Suffi, sepanjang Op Kuda Laut Siri 2/2020 bermula 1 September 2020, APMM Terengganu telah merekodkan 25 pengusiran ke atas bot nelayan asing yang melibatkan seramai 259 kru termasuk tekong keseluruhannya.

“Tindakan pengusiran ini dilaksanakan bagi mengekang pewujudan kluster baharu COVID-19 yang berpunca daripada pencerobohan oleh bot nelayan asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam perairan negara,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply