Home Politik PPBM sokong penuh Belanjawan 2021 – Hamzah

PPBM sokong penuh Belanjawan 2021 – Hamzah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kekal menyokong penuh Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini menyeru semua pihak untuk terus menyokong serta mempertahankan belanjawan tersebut.

“Mesyuarat MPT pada 23 November 2020 telah membincangkan usaha-usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19 dalam negara dan hal-hal berkaitan pentadbiran serta pengurusan parti,” katanya.

Selain itu, MPT memutuskan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) PPBM bagi tahun 2020 akan dilaksanakan secara maya buat pertama kalinya melalui sidang video (video conference) pada 28 November ini.

“Persidangan atas talian tersebut akan disertai oleh para perwakilan PAT dari seluruh negara di lokasi-lokasi sidang video negeri-negari yang telah ditetapkan,

“Mesyuarat MPT juga telah memutuskan untuk mengangkat cadangan bagi meminda perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baharu ahli bersekutu BERSATU ke Persidangan Agung Tahunan 2020,” tegasnya.

“Selain merupakan wadah utama di semua peringkat, Perhimpunan Agung Tahunan kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat,” kata Hamzah. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply