Home Pertahanan dan Keselamatan Kes tembak anggota PGA: Polis Thailand tahan penyeludup ketum

Kes tembak anggota PGA: Polis Thailand tahan penyeludup ketum

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pihak berkuasa Thailand telah bertindak menahan sejumlah individu yang terlibat dalam kejadian tembak-menembak yang berlaku di Padang Besar, hari ini.

Kesemua individu yang ditahan merupakan warga Thailand yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan ketum.

Laporan turut menyebut kumpulan penyeludup yang terdiri daripada kira-kira 13 orang melibatkan warga Thailand dan Malaysia.

Menurut Bangkok Post, kumpulan penyeludup yang cedera dalam kejadian tersebut melarikan diri dan memasuki Thailand sebelum ditahan oleh polis negara itu.

“Mereka adalah Sanchai Madsuwan, Arun Madsuwan and Rachen Anumarn. Kesemua individu terbabit telah dirawat di Hospital Hat Yai,” kata laporan itu.

Pihak berkuasa Thailand sedang melakukan siasatan di lokasi penyusupan penyeludup di kawasan sempadan Padang Besar, Perlis.

Tentera, polis dan pegawai kerajaan dari Thailand telah tiba di lokasi berhampiran kejadian untuk melakukan siasatan.

“Rachen telah dibawa oleh pihak berkuasa untuk menunjukkan kawasan pertempuran dan laluan mereka melarikan diri,” jelasnya.

Selain itu, media Thailand turut memetik sumber yang menyatakan seramai 2 orang warga negaranya telah ditahan oleh Malaysia.

“Individu yang dikenal pasti adalah Sahamadyusob Talah yang merupakan penduduk daerah Muang di Songhkla,

“Seorang individu lagi tidak didedahkan identitinya,” kata laporan itu.

Salah seorang penyeludup ketum (wajah dipadamkan oleh media Thailand) sedang menerima rawatan di Hospital Hatyai

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, anggota dari Batalion ke-3 Pasukan Gerakan Am bertembung dengan 2 kumpulan penyeludup yang sedang melakukan aktiviti jenayah mereka di Padang Besar.

Kejadian tembak menembak berlaku di antara kedua-dua pihak dan menyebabkan Koperal Baharuddin Ramli terkorban.

Sementara itu, rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, mengalami kecederaan parah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan mengesahkan insiden itu berlaku dan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah rentas sempadan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply