Home Pertahanan dan Keselamatan Program Jiwa Murni: ATM telah bina dan baiki 60 buah rumah sepanjang 2 tahun

Program Jiwa Murni: ATM telah bina dan baiki 60 buah rumah sepanjang 2 tahun

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=7rz-wcTSLOA[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pada tahun 2019 dan 2020, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program Jiwa Murni (PJM) telah membina atau membaiki sebanyak 60 rumah untuk mangsa ribut, kebakaran, golongan asnaf dan veteran ATM.

Beliau berkata ATM sentiasa komited dalam melaksanakan PJM bagi membantu rakyat yang memerlukan.

“Bagi membantu rakyat yang memerlukan seperti golongan asnaf dan veteran tentera, Kementerian Pertahanan akan terus memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam memastikan PJM terus dilaksanakan,

“Pelaksanaan projek ini adalah secara kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Bousted Holding, Felda dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mencadangkan agar program ini diperhebatkan pelaksanaanya dengan membina rumah kepada orang miskin, orang yang terlibat dengan bencana seperti kebakaran dan pembinaan rumah panjang.

Selain itu, Ismail Sabri menyatakan walaupun tidak ada peruntukan khusus pada tahun ini, Kementerian Pertahanan akan menggunakan peruntukan sedia ada untuk meneruskan PJM.

“Saya akan membincang dan mengarahkan pihak kementerian untuk menggunakan wang sedia ada untuk PJM,

“Selain daripada PJM bersama kementerian lain, kita akan gunakan peruntukan sedia ada untuk Kementerian Pertahanan,” ujarnya.

Manakala soalan tambahan dari Ahmad Maslan yang bertanyakan adakah PJM ini hanya diperuntukan untuk pembinaan rumah ataupun membina jambatan serta jalan.

“Memang dari segi PJM tidak termasuk kepada pembinaan atau membaiki rumah semata-mata, kalau kita lihat banyak projek-projek PJM berkaitan dengan kerjasama dengan kementerian lain,

“Sewaktu saya dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) projek naik taraf jalan balak adalah dilaksanakan secara PJM di Sabah dan Sarawak,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply