Home Pertahanan dan Keselamatan Kes tembak anggota PGA: Penyerang dikenalpasti kumpulan penyeludup – KDN

Kes tembak anggota PGA: Penyerang dikenalpasti kumpulan penyeludup – KDN

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan insiden berbalas tembakan dengan Pasukan Gerakan Am di Padang Besar hari ini turut melibatkan kumpulan penyeludup.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di Tembok Sempadan (TS9).

“Saya telah dimaklumkan bahawa satu kejadian berbalas tembakan antara anggota PGA dengan kumpulan penyeludup berlaku,

“Siasatan awal mendapati insiden ini berlaku apabila 2 anggota PGA yang sedang melakukan tugas risikan telah diserang oleh dua kumpulan,” katanya.

Menurut beliau, kumpulan penyerang dipercayai terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan.

Hamzah menegaskan, kerajaan amat memandang serius terhadap kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya kumpulan penyeludup di sempadan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply