Home Politik Permohonan maaf Ahli Parlimen Bintulu tidak ikhlas, perlu di buat dalam Dewan Rakyat

Permohonan maaf Ahli Parlimen Bintulu tidak ikhlas, perlu di buat dalam Dewan Rakyat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyifatkan permohonan maaf Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah tidak ikhlas.

RSN Nayer berkata permohonan maaf yang dibuat King Sing menerusi kenyataan media semalam adalah tidak ikhlas kerana tidak dibuat dalam Dewan Rakyat.

“Permohonan maaf itu tidak ikhlas, permohonan maaf itu perlu dibuat dalam Dewan Rakyat kerana kenyataan beliau yang menghentam dan mengkritik pengawai utama kerajaan yang paling penting pada masa sekarang,

“Kedua, kalau beliau (King Sing) telah memohon maaf maka keputusan oleh Timbalan Speaker adalah keputusan yang kurang bijak menghalau saya keluar dan juga Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng keluar,” katanya yang bangun sebaik sesi pertanyaan bagi jawab lisan berakhir.

Tambahnya, beliau telah menghantar satu usul bertulis pada Khamis dan ia telah diterima iaitu memohon supaya King Sing memohon maaf di Dewan Rakyat.

“Saya juga memohon keputusan terhadapnya dan Ahli Parlimen Kepong yang digantung 5 hari itu ditarik balik,” ujarnya.

Semalam, King Sing dalam satu kenyataan, memohon maaf kepada Dr Noor Hisham atas keterlanjuran katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Permohonan maaf dibuat bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply