Home Politik Shafie Apdal pertahan keputusan bubar DUN, ‘rela mati dalam gelanggang politik’

Shafie Apdal pertahan keputusan bubar DUN, ‘rela mati dalam gelanggang politik’

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ECTBm3ua1xQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

“Saya hendak nyatakan di sini bahawa sistem perundangan negara kita sudah sedia ada. Kalaulah sekiranya tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini, negeri Sabah merupakan negeri yang amat terkawal (dalam jangkitan COVID-19). Paling banyak kawasan hijau (adalah) di Sabah,

“Tapi malangnya oleh kerana kerakusan kuasa hendak (pihak yang hendak rampas) mengambilnya. Saya agak hairan rakan lama saya dari Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) mungkin mempunyai dendam kesumat dia terhadap saya tidak tahu. Mungkin kerana saya membangkitkan isu 1MDB,

“Beliau (Najib) membangkitkan kenyataan bahawa yang saya sangup mati kerana COVID-19,

“Saya bukan sanggup mati oleh kerana COVID-19. Saya nyatakan nak serahkan kuasa kepada pihak yang bergantung kepada `cash is king’, oleh kerana kuasa mereka membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik,

“Bukan mati kerana COVID-19, mati di gelanggang politik. Kerana kita serahkan kepada rakyat, kalau rakyat menentukan siapa berkuasa, keadaan ini kita kena terima,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin apakah dia kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Shafie menegaskan, dia tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep “cash is king” dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

Beliau menegaskan, pihak swasta juga perlu melibatkan diri dalam memajukan negera kerana mereka ini terdiri dari golongan yang besar.

“Yang penting bagi kita sekarang bukan hanya pihak kerajaan sendiri tetapi pihak swasta perlu dilibatkan, kerana mereka ini golongan yang besar, majikan yang besar. Kita hendak membina sebuah negara, bukan membina bangsa dan bukan membina satu Agama.

“Kita membina pelbagai bangsa untuk maju ke hadapan. Kita kena melihat Belanjawan perlu diguna pakai sebagai membina negara,” tegasnya lagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply