Home Pertahanan dan Keselamatan Seorang lelaki warga asing miliki dadah ditahan – ESSCOM

Seorang lelaki warga asing miliki dadah ditahan – ESSCOM

by Air Times News Network

SANDAKAN, 16 Nov – Seorang lelaki warga asing miliki dadah jenis syabu seberat 0.2 gram berjaya ditahan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Kampung Forest, petang semalam.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, penahanan tersebut dibuat oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah, Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Markas Taktikal Felda Sahabat 16 yang sedang melakukan rondaan Op Cegah Pati (OCP) Utara yang diselaraskan oleh ESSCOM.

“Pada kejadian kira-kira jam 5.10 petang semalam, semasa anggota sedang melakukan rondaan, sepasukan menemui seorang lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan yang melalui jambatan Kg. Forest,

“Apabila diperiksa, mendapati suspek mengaku dan menyerahkan 1 paket kecil plastik lutsinar yang mengandungi serbuk hablur putih disyaki syabu,

“Suspek yang berumur 27 tahun itu ditahan kerana memiliki syabu seberat 0.2 gram,” katanya dalam hantaran di laman sosial rasmi ESSCOM.

“Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke balai polis Sandakan untuk siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply