Home Semasa COVID-19: Angka kematian meningkat kepada 300

COVID-19: Angka kematian meningkat kepada 300

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 Nov – Angka kematian akibat COVID-19 di Malaysia telah meningkat kepada 300 orang apabila 6 orang pesakit dijangkiti penyakit itu disahkan maut pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes kematian yang dilaporkan adalah di negeri Sabah.

Sementara itu, sebanyak 869 kes baharu telah dikesan pada hari ini dengan 868 daripadanya adalah melibatkan penularan tempatan.

Satu-satunya kes import yang dilaporkan adalah di Selangor.

Sabah masih mencatatkan angka kes harian tertinggi dengan catatan 397 kes sementara Selangor rekodkan 235 kes.

Sebanyak 141 kes baharu dikesan di Negeri Sembilan.

“Sehingga kini, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Noor Hisham.

Sementara itu, seramai 725 pesakit disahkan pulih dan menjadikan angka kes sembuh di negara ini meningkat kepada 30,304 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply