Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat Malaysia kepung Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi

Tentera Darat Malaysia kepung Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi

by Nurulhuda

SEPANG, 11 Nov – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi Briged ke Sebelas Infantri Malaysia (11 Bgd) telah menutup beberapa jalan masuk ke kawasan perniagaan di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, malam tadi.

Panglima Markas 11 Bgd, Brigedier Jeneral Norsham Md Tap berkata, anggota pasukan di bawah naungan Mk 11 Bgd yang terdiri daripada Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), Batalion ke-4 RAMD dan 91 Bina Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Bina RAJD) telah ditugaskan untuk memasang pagar kawat duri yang berkeluasan kira-kira 2.64 hektar bagi mengepung premis perniagaan di kawasan tersebut.

anggota pasukan di bawah naungan Mk 11 Bgd memasang pagar kawat duri yang berkeluasan kira-kira 2.64 hektar, malam tadi.

Kawasan ini menempatkan 284 premis dengan kira-kira 800 orang penduduk.

Tinjauan di lokasi mendapati, beberapa laluan itu mula ditutup dengan penghadang bongkah konkrit sekitar jam 6 petang semalam. Jumlah anggota tentera dan polis turut dilihat ditambah bagi memperketatkan kawalan di laluan keluar masuk ke kawasan terbabit.

Difahamkan pemasangan kawat duri ini dilakukan bagi mengawal pergerakan keluar masuk penduduk berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.

Rata- rata penghuni rumah kedai di kawasan terbabit, kebanyakkannya terdiri daripada warga asing yang bekerja di kawasan berhampiran.

Kluster Bah Medan telah dikesan pada 3 Oktober lalu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila 20 individu disahkan mengidap wabak itu.

“Sehingga 5 November 2020, seramai 87 orang telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Baru Salak Tinggi akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melakukan tinjauan bagi melihat sendiri pelaksanaan PKPD di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, pagi tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melakukan tinjauan pelaksanaan PKPD di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, pagi tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply