Home Semasa Air Selangor: Bekalan air akan mulai pulih malam ini

Air Selangor: Bekalan air akan mulai pulih malam ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini memaklumkan bekalan air yang terjejas semenjak beberapa hari lalu akan pulih mulai tengah malam ini.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, penstabilan proses rawatan air sedang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang beroperasi semula semenjak pagi tadi.

“Pengguna terawal akan mula mendapat bekalan air pada jam 12 tengah malam ini. Air bersih akan melalui ujian kualiti sebelum diagihkan kepada pengguna,” kata kenyataan itu.

Menurut Air Selangor, proses pemulihan akan terbahagi kepada 3 kumpulan utama.

“Kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada 6 petang esok,

“Bekalan air akan pulih sepenuhnya untuk kumpulan kedua yang merangkumi 91 pada petang 7 Oktober manakala 38 kawasan dalam kumpulan ketiga adalah pada petang 9 Oktober,” jelasnya.

Pada 4 Oktober lalu, sebanyak 273 kawasan di Selangor terjejas akibat pencemaran air di muka sauk LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply