[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=nnEoNQhH-CU[/embedyt]
PUTRAJAYA, 6 Okt – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini menegaskan prosedur operasi standard (SOP) yang longgar menjadi punca peningkatan kes COVID-19 dalam negara.
Setiausaha Putra Bahagian Sepang, Aznahar Aziz Abd Aziz berkata, SOP penjarakan sosial gagal dipatuhi oleh syarikat penerbangan Air Asia telah membahayakan nyawa para penumpang.
“Pihak kami mendapati kesemua pesawat Air Asia dari Tawau lebih tepat tiada penjarakan sosial dilakukan,
“Jelas tindakan pengurusan Air Asia tidak mematuhi SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membendung penularan COVID-19,” katanya semasa ditemui di hadapan pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, hari ini.
Beliau menambah, segala rantaian pengangkutan di Alor Setar, Kedah telah digantung semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan.
Selain itu, penumpang yang tiba dari Tawau tidak dikenakan kuarantin di tempat khas tetapi hanya dikenakan perintah kuarantin di rumah setelah menjalani ujian saringan di KLIA2.
“Apa yang kami dapati para penumpang tersebut bebas menaiki kenderaan awam umpama untuk menuju ketempat masing-masing,
“Bayangkan berapa kontak yang telah mereka tempuh sebelum tiba ke destinasi,” jelas Aznahar.
Menurut beliau, SOP yang tidak jelas dan longgar sebegini menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.
“Jelas tindakan tidak mengkuarantin di tempat khusus menyebabkan kebarangkalian berlakunya penyebaran virus Covid-19 lebih tinggi,
“Adakah Majlis Keselamatan Negara dan KKM hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dalam usaha menyekat wabak ini,
“Disebabkan kuarantin rumah maka terjadilah Kluster Sivagangga,” ujarnya.
Terdahulu, Aznahar bersama Setiausaha Putra Selangor dan Setiausaha Putra Kedah hadir ke Ibu Pejabat KKM untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Kesihatan Malaysia.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam KKM, Zaaba Abu Bakar.
Kluster Sivagangga mula dikesan pada akhir Julai lalu telah menjangkiti seramai 45 orang. Kluster tersebut dikesan telah merebak di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Kluster ini telah diisytiharkan tamat pada 7 September.
Turut hadir dalam penyerahan memorandum ini ialah Ahli Jawatankuasa Putra Baling dan Sepang. – airtimes.my