Home Semasa Pergerakan antara daerah di Sabah disekat

Pergerakan antara daerah di Sabah disekat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah kawalan itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

“Kawalan akan dilaksanakan mulai 3 Oktober sehingga 16 Oktober ini,

“Perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPB) di Tawau, Lahad Datu, Kunak, Dan Semporna berkuatkuasa seperti biasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply