Home Pertahanan dan Keselamatan 34 PATI, 4 penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng semalam

34 PATI, 4 penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 4 individu dipercayai penyeludup.

Operasi bersepadu yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut merampas 6 kenderaan darat semasa tangkapan dibuat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, sebanyak 84 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng turut dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM (73 SJR), AKSEM (10 SJR) dan ATM (1 SJR).

Sementara itu, bagi Task Force Operasi Pematuhan pula, PDRM telah menahan 98 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana 95 daripadanya telah dikompaun manakala 3 pula direman.

“Semalam (29 September 2020), PDRM telah menahan 98 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 95 individu telah dikompaun manakala 3 direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam (34), penjarakan fizikal (24), tidak memakai pelitup muka (22), gagal melunaskan caj kuarantin (10) dan gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (8),”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, PDRM juga turut telah membuat 54,764 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosuder operasi standard (SOP) semalam. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply