Home Pertahanan dan Keselamatan Lahad Datu: Pengorbanan pasukan keselamatan bukan sandiwara

Lahad Datu: Pengorbanan pasukan keselamatan bukan sandiwara

by M.Daim

(Admin) Gugurnya 10 pejuang bukti peristiwa Lahad Datu 2013 bukan sandiwara.

Ini bukan isu politik tetapi ianya melibatkan soal maruah dan pengorbanan para anggota keselamatan semasa mempertahankan Lahad Datu dari dirobek oleh sang penceroboh.

Terlalu besar pengorbanan anggota keselamatan untuk kita gambarkan. Cukuplah daripada kami untuk siarkan video yang dikongsikan oleh netizen.

Kami juga memuatkan sebahagian daripada koleksi eksklusif yang belum pernah disiarkan dimana-mana portal untuk menjadi bukti pengorbanan anggota keselamatan kita di Lahad Datu.

Harus diingatkan bahawa nikmat keamanan yang kita kecapi adalah hasil titik peluh dan darah anggota keselamatan. Tidak kurang juga air mata dan perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat.

Al-Fatihah kepada yang gugur.

=========================================================================

Pada tahun 2013, Malaysia telah dikejutkan dengan pencerobohan oleh lebih 235 orang Tentera Dira

ja Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sepanjang pencerobohan ini berlaku, seramai 8 orang anggota polis dan 2 orang anggota tentera telah gugur ketika menggalas amanah untuk mempertahankan tanah air.

Malaysia akhirnya berjaya mengalahkan elemen penceroboh dan Ops Daulat telah diisytiharkan tamat pada 24 Mac 2013.

Pada 20 September 2020, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mendakwa peristiwa itu hanyalah sandiwara semata-mata.

Malah, beliau dengan berani mengatakan anggota keselamatan masuk menggempur ayam dan anjing semata-mata kerana tiada musuh di lokasi kejadian.

Lantaran daripada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri membidas kenyataan Mohamaddin sebagai biadap dan memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan semasa insiden Lahad Datu 2013.

#AirTimes #Pertahanan #LahadDatu #Tanduo #OpsDaulat #ATM #PDRM

Subscribe channel Youtube Air Times untuk lebih banyak video yang menarik.

Pautan Youtube: https://youtu.be/iaKAASWlGnk

Pautan berita:

  1. https://www.airtimes.my/2020/09/21/sandiwara-lahad-datu-tentera-hanya-serang-ayam-dan-anjing-ahli-parlimen-warisan/
  2. https://www.airtimes.my/2020/09/21/dakwa-lahad-datu-adalah-sandiwara-kenyataan-biadap-hina-pasukan-keselamatan-menteri-pertahanan/
  3. https://www.airtimes.my/2020/09/21/pencerobohan-lahad-datu-sandiwara-mohamaddin-hina-pasukan-keselamatan-najib-razak21/
  4. https://www.airtimes.my/2020/09/21/dakwa-lahad-datu-satu-sandiwara-guris-hati-keluarga-anggota-tentera-polis-yang-terkorban1/

Related Articles

Leave a Reply