Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 28,481 kenderaan diperiksa, 4 warga asing ditahan

Op Benteng: 28,481 kenderaan diperiksa, 4 warga asing ditahan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan 62 Sekatan Jalan Raya Op Benteng di seluruh negara dan memeriksa 28,481 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di Lorong tikus.

Menurut Ismail Sabri, PDRM juga telah berjaya menahan 4 warga asing atas kesalahan imigrisen, semalam.

“Semalam, PDRM telah mengadakan 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 28,481 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI, terutama di lorong-lorong tikus dan PDRM telah berjaya menahan 4 warga asing atas kesalahan imigresen,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya.

Ops Benteng ini membabitkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply