Home Semasa 15 pelacur antara ditahan ingkar PKP

15 pelacur antara ditahan ingkar PKP

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan 15 individu dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan pihak berkuasa atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Beliau berkata, kesemua mereka adalah diantara 235 individu yang ditahan dalam 64,987 pemeriksaan pasukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Daripada jumlah itu, seramai 15 individu telah direman manakala 220 individu pula dikenakan kompaun,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran (15), gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (26), premis beroperasi lebih masa (12), tidak memakai pelitup muka (16), gagal melunaskan bayaran kuarantin (1) serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (165),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Manakala mengenai kawalan sempadan negara, Ismail Sabri berkata pihak polis juga telah mengadakan 65 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng diseluruh negara dan memeriksa 25,019 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong tikus.

Beliau turut mengesahkan, bermula 24 Julai hingga semalam, seramai 11,384 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua mereka telah ditempatkan di 57 hotel dan 5 Institut Latihan Awam.

“Daripada jumlah itu, seramai 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 4,295 individu telah didiscaj serta dibenarkan pulang,” katanya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply