Home Politik Keputusan Najib bersalah adalah kemenangan untuk rakyat – Pakatan Harapan

Keputusan Najib bersalah adalah kemenangan untuk rakyat – Pakatan Harapan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah satu kemenangan besar untuk rakyat Malaysia.

“Keputusan ini adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia. Proses pengadilan ini pasti tidak akan bermula sekiranya rakyat tidak bangkit untuk berikan kemenangan kepada PH semasa Pilihanraya Umum ke-14,

“Masalah urus tadbir 1MDB dibangkitkan kali pertama di Parlimen oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2011,” kata kenyataan bersama Presiden dari Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Terdahulu, Najib telah didapati bersalah atas 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM 42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM 10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 serta Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply